Assalamualaikumwarahmatullah.
Bermula tahun 1978, dengan izin Allah SWT Haji Baser Bin Haji Senin berjaya mencipta resepi Nasi Ayam & Nasi Beriani yang istimewa dan memenuhi cita rasa pelanggan yang diakui sedap dan menyelerakan.
Bagi beliau, semua itu adalah atas ilmu, bakat, dan kemahiran yang dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya, serta usaha berterusan yang beliau lakukan tanpa berasa putus asa. Berpegang kepada amalan berniaga yang penuh disiplin, telus dan ikhlas sehingga sekarang Restoran Baser dan jenama Nasi Ayam & Nasi Beriani Baser begitu terkenal dalam daerah Kota Tinggi dan Negeri Johor sejak tahun 1985.
Hingga saat ini beberapa rangkaian Restoran Baser telah berjaya diwujudkan dan diseliakan oleh anak-anak dan menantu bagi memastikan kualiti tetap terjamin.