Restoran Baser Kota Tinggi

  • Mukadimah
  • Menu
  • Tempahan
  • Lokasi
  • Cawangan
    • Restoran Juraini Baser
    • Restoran Khairani Baser
    • Restoran Hamizah Baser
  • Hubungi Kami
  • Berita
  • Kemudahan Restoran Baser
  • Blog

Coretan Sebagai Peringatan Kepada Diri Sendiri

April 11, 2018 By Jasmi Aris Leave a Comment


Bismillahirrahmanirrahim

Allahumma shalli wassalim Sayyidina Muhammad.

Dengki termasuk salah satu akhlak tercela. Dalam Islam , sifat dengki itu disebut hasad atau hasud. Dengki adalah perasaan marah yang timbul kerana benci ( iri hati ) kepada kelebihan orang lain. Orang yang bersifat dengki selalu berusaha untuk menghilangkan nikmat yang telah diperoleh orang lain agar pindah kepada dirinya atau nikmat itu hilang dari orang yang didengkinya.

Sifat hasad ( dengki ) ini sangat tercela dalam pandangan Islam. Ini kerana orang yang dengki ( hasad ) itu tidak suka melihat orang lain mendapat nikmat atau kebahagiaan. Kemahuannya , hanya dialah yang boleh senang dan bahagia , tanpa menghiraukan keadaan orang lain.

Kerana itu , Nabi Muhammad SAW mengingatkan kepada umatnya agar menjauhi sifat hasad atau dengki . Rasulullah SAW bersabda :
(Ertinya) : ” Dan janganlah kamu berdengki-dengkian dan berbenci-bencian….” (HR :Muslim).

Mengapa hasad ( dengki ) itu dilarang didalam ajaran Islam? Sifat dengki itu dapat menghapuskan segala amal kebajikan. Nabi Muhammad SAW bersabda : (Ertinya) : ” Jauhkanlah dirimu dari sifat hasad ( dengki ).
Kerana hasad ( dengki ) itu dapat memakan segala kebajikan , sebagaimana api memakan kayu bakar.” ( HR : Abu Bakar ) .

Oleh kerana itu, bergembiralah pada saat orang lain mendapat kelebihan dan bantulah ia pada saat memerlukan pertolongan.
Oleh yang demikian , kita akan terhindar dari sifat iri hati . Selain itu ,hati kita akan tentram dan tenang didalam keredhaan NYA.

Filed Under: Uncategorized

Customer dari Belgium

March 23, 2018 By Jasmi Aris Leave a Comment

Wowww  Mat Salleh pun datang makan di Restoran Baser kerana mahu merasai hidangan Nasi Ayam kami. Anda bila lagi mahu mencuba ???

Filed Under: Uncategorized

Tesco Staff

February 28, 2018 By Jasmi Aris Leave a Comment

Grup staff Tesco Tebrau singgah makan selepas mandi-manda di Batu Layar dan meraikan birthday. Sedap katanya tak pernah makan nasi sesedap ini.. Alhamdulillah.

Filed Under: Uncategorized

Nasi-Ayam6
beriani
Nasi-Ayam
nasgor2
kubus1
index

Sila Login

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Social

Follow me on:

Restoran Baser Kota Tinggi