Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma shalli wassalim Sayyidina Muhammad.
Dengki termasuk salah satu akhlak tercela. Dalam Islam , sifat dengki itu disebut hasad atau hasud. Dengki adalah perasaan marah yang timbul kerana benci ( iri hati ) kepada kelebihan orang lain. Orang yang bersifat dengki selalu berusaha untuk menghilangkan nikmat yang telah diperoleh orang lain agar pindah kepada dirinya atau nikmat itu hilang dari orang yang didengkinya.
Sifat hasad ( dengki ) ini sangat tercela dalam pandangan Islam. Ini kerana orang yang dengki ( hasad ) itu tidak suka melihat orang lain mendapat nikmat atau kebahagiaan. Kemahuannya , hanya dialah yang boleh senang dan bahagia , tanpa menghiraukan keadaan orang lain.
Kerana itu , Nabi Muhammad SAW mengingatkan kepada umatnya agar menjauhi sifat hasad atau dengki . Rasulullah SAW bersabda :
(Ertinya) : ” Dan janganlah kamu berdengki-dengkian dan berbenci-bencian….” (HR :Muslim).
Mengapa hasad ( dengki ) itu dilarang didalam ajaran Islam? Sifat dengki itu dapat menghapuskan segala amal kebajikan. Nabi Muhammad SAW bersabda : (Ertinya) : ” Jauhkanlah dirimu dari sifat hasad ( dengki ).
Kerana hasad ( dengki ) itu dapat memakan segala kebajikan , sebagaimana api memakan kayu bakar.” ( HR : Abu Bakar ) .
Oleh kerana itu, bergembiralah pada saat orang lain mendapat kelebihan dan bantulah ia pada saat memerlukan pertolongan.
Oleh yang demikian , kita akan terhindar dari sifat iri hati . Selain itu ,hati kita akan tentram dan tenang didalam keredhaan NYA.
Leave a Reply